Panduan Mudah: Step-by-Step Buat Pendapatan Pasif Melalui Blog



Dalam artikel sebelum ini anda sudah baca sedikit sebanyak mengenai blog yang boleh menghasilkan pendapatn pasif. Kali ini akan diterngkan dengan lebih terperinci bagaimana cara untuk menghasilkan pendapatn pasif melalui blog.

 


Langkah 1: Pilih Niche yang Sesuai

Pilihlah niche yang bukan sahaja hangat, tapi juga yang sesuai diminati. Jangan pilih topik yang anda sendiri tidak mahir. Kreativiti anda bermula dari sini.

Pemilihan niche adalah sesuatu yang sangat penting sebelum menghasilkan blog. Ini kerana tidak semua niche mempunyai ramai pengikut dan pengikut yang terlalu ramai pula akan menyukarkan blog anda untuk dikenali.

Oleh itu anda perlu pastikan niche yang anda pilih tidak mempunyai terlalu banyak persaingan.

 Fokuskan kepada satu niche sahaja supaya lebih mudah untuk anda kendalikan. Terlalu banyak niche akan membuatkan pembaca keliru dengan identiti blog anda.

Kami senaraikan beberapa niche yang kurang persaingan tetapi mendapat permintaan.


1. Perubatan Alternatif

Menumpukan kepada kaedah perubatan alternatif tertentu, seperti akupunktur atau terapi herba yang kurang dikenali. Kebiasaanya perubatan alternatif ini lebih ke arah perubatan tradisional atau petua-petua lama yang kurang dipraktikan tetapi keberkesananya terbukti oleh perubatan moden


2. Barangan terpakai dan kitar semula

Jual beli barangan terpakai dan kitar semula. Anda juga boleh hasilkan blog berkaitan dengan pengolahan barang kitar semula.


3. Pemuliharaan Haiwan Peliharaan Yang Jarang Ditemui

Memberikan maklumat tentang pemuliharaan dan penjagaan haiwan peliharaan yang jarang ditemui. Sekiranya mempunyai sebarang masalah, pemilik selalunya akan membuat carian berkaitan dengan haiwan peliharaan mereka. Anda boleh cadangkan apa yang mereka patut buat dan boleh cadangkan khidmat berbayar kepada mereka.


4. Mengembara ke Destinasi yang Kurang Dikenali

Menulis tentang kisah perjalanan dan pengembaraan ke destinasi yang kurang popular tetapi menawarkan pengalaman luar biasa.


5. Pembangunan Aplikasi

Memberikan panduan langkah demi langkah untuk pembangunan aplikasi dalam industri khusus, mungkin terfokus pada industri tertentu.


6. Makanan Vegeterian

Menumpukan kepada makanan vegan dalam kawasan geografi tertentu atau menyediakan resepi dan panduan untuk memasak makanan vegan.


7. Pengumpulan Barang Antik Khusus

Menumpukan kepada pengumpulan barang antik daripada era atau jenis tertentu, memberikan panduan untuk penjagaan dan penilaian.


8. Pendidikan Khas: Teknik Pengajaran Alternatif

Menyediakan sumber dan strategi pengajaran alternatif untuk guru atau ibu bapa yang mempunyai anak dengan keperluan pendidikan khas.


Niche ini hanyalah sebagai cadangan sahaja, anda tidak perlu ikut seratus peratus. Pilih niche mengikut kemahiran dan pengalaman anda. Itu lebih baik dan mudah untuk anda kendalikan nanti.


Langkah 2: Buat Blog Menarik

Jika ini adalah kali pertama anda ingin menghasilkan blog, kami cadangkan anda untuk menggunakan platform seperti Blogger atau Wordpress. Kedua-dua platform ini sangat mudah digunakan, laju, keselamatan terjamin dan ianya juga percuma.

Anda jangan terpengaruh dengan pembelian domain atau hosting kerana untuk kali pertama percubaan kebiasaannya anda akan mempunyai masalah untuk kekal konsisten menghasilkan konten. Ditambah lagi dengan perkara berkaitan teknikal akan mengurangkan lagi rasa anda untuk meneruskan blog.  

Gunakan platform percuma ini untuk hasilkan konten yang menarik. Dan sekiranya anda takut nama domain yang anda pilih diambil orang, anda boleh beli dulu dan sambungkan dengan blog yang anda sudah buat. Tidak perlu terburu-buru membeli hosting dan pindahkan blog anda ke sana.

Untuk menghasilkan blog yang menarik, anda boleh cuba mencari blog lain di dalam niche yang sama. Tiru bagaimana cara mereka hasilkan blog yang menarik kemudian anda boleh aplikasikan ke dalam blog anda sendiri.

Olah blog dan konten dengan kreatif. Jika perlu, masukkan gambar dan video yang berkaitan untuk tatapan pembaca.

Elakkan daripada menggunakan layout yang terlampau sesak. Simple dan mudah untuk dilihat adalah lebih baik.


Langkah 3: Isi Kandungan yang Orang Cari

Tulislah artikel yang relevan, bermanfaat, dan sesuai dengan minat pembaca. Lebih penting lagi ianya perlulah berada di dalam niche yang anda pilih. Masukkan sedikit humor atau cerita yang menarik ke dalam konten anda.

Jika ketandusan idea untuk menghasilkan konten, anda boleh mula blog walking ke blog yang mempunyai niche yang sama. Cuba cari tajuk yang menarik minat anda dan baca. Hasilkan konten yang sama tapi dengan cara anda sendiri.

Sekiranya anda menyalin seratus peratus konten blog tersebut pastikan anda berikan kredit kepada penulis di hujung konten anda.

Langkah 4: SEO

Jangan takut dengan SEO. Untuk memudahkan enjin carian seperti Google menyenaraikan blog anda di halaman utama, anda perlu sentiasa menghasilkan konten yang berkualiti. 

Menulis blog yang mesra SEO memerlukan perhatian kepada beberapa aspek penting. Pastikan tajuk menarik dan mengandungi kata kunci utama. 

Gunakan struktur perenggan yang ringkas dan jelas. Sertakan kata kunci jadi dalam konten anda, dan elakkan pengulangan yang berlebihan. 

Gunakan gambar berkualiti tinggi dan beri tag alt yang relevan. Akhir sekali, pastikan blog mempunyai pautan dalaman yang berkaitan. 

Dengan langkah-langkah ini, blog anda akan lebih mudah ditemui oleh enjin carian.


Langkah 5: Monetize Blog Anda 

Setelah blog anda mempunyai jumlah pelawat yang konsisten setiap bulan, anda boleh mencuba untuk memohon Google AdSense atau sertai program affiliate untuk menjana komisen.

Anda juga boleh menjual produk sendiri atau perkhidmatan atau menawarkan ruang iklan pada penaja.

Aktifkan sumbangan pembaca atau langganan premium. Dengan pelbagai cara ini, blog anda boleh menjadi sumber pendapatan yang berterusan.


Langkah 6: Promosi Sosial

SEO itu penting, promosi juga penting untuk mempercepatkan lagi blog anda dikenali. Jangan segan untuk mempromosikan blog kerana ianya adalah langkah pertama bagi orang lain untuk mengenali anda.

Jika ada di kalangan rakan sosial anda dalam niche yang sama, berkemungkinan besar mereka akan melawat blog anda.

Jadi, jangan malu untuk letakkan pautan blog anda di laman sosial selagi ianya dibenarkan. Anda boleh letakkan di Facebook, Instagram, X(Twitter), TikTok malah di YouTube pun boleh.  

Langkah 7: Konsisten dan Sabar

Untuk berjaya menjana pendapatan pasif melalui blog tidak memakan masa yang singkat. Bukan juga sebulan dua, malah berbulan-bulan sehingga bertahun. 

Anda perlu konsisten dalam penulisan dan menghasilkan konten yang menarik.

Ramai pemula kecundang di peringkat ini kerana mengharapkan blog boleh menjanjikan pendapatan pasif dalam masa yang singkat sedangkan ianya memerlukan masa yang lama dan perlu menunggu dengan penuh kesabaran.

 

Dengan panduan ini, anda boleh terus bermula. Sedikit demi sedikit tidak mengapa asalkan usaha anda konsisten dan berterusan. Kami doakan anda berjaya.

Previous Post Next Post