Teknik Pemasaran PERCUMA vs BERBAYAR


Sebagai usahawan kita seharusnya sedia maklum dengan teknik pemasaran yang boleh digunakan. Ada dua teknik yang boleh digunakan iaitu teknik percuma dan berbayar. Kedua-duanya berkesan jika digunakan dengan betul. 


Teknik Pemasaran Percuma

Untuk mempromosikan simkad BestMobile saya banyak menggunakan teknik percuma. Kebanyakkannya saya menggunakan media sosial Facebook. Di Facebook saya boleh mempromosikan di TIGA tempat iaitu, di "wall", "group" dan "page" dengan hanya "copy paste" ayat promosi yang telah disediakan. Ayat promosi ni akan diberikan kepada anda jika anda berada di dalam rangkaian saya. 

Selain daripada Facebook, saya juga menggunakan blog percuma Blogger. Bukan semua prosepk anda boleh dapat di Facebook, anda juga boleh dapat prosepek yang ramai daripada Google.  Blogger merupakan produk daripada Google, oleh itu ianya tidak memakan masa yang lama untuk masuk ke enjin carian Google itu sendiri jika blog anda selalu dikemaskini. Menghasilkan blog juga dapat melatih diri anda untuk konsisten dan teratur dalam melakukan sesuatu. 

Gunakan teknik ini semaksimum yang mungkin sebelum beralih kepada teknik berbayar.


Teknik Pemasaran Berbayar

Ada DUA pemasaran yang berkemungkinan besar saya akan gunakan pada masa akan datang iaitu "Facebook Ads" dan "Google Adwords". Dua medium ini mempunyai prosepek yang ramai dan berpotensi besar. Dua teknik ini jika tiada panduan boleh menyebabkan kerugian yang besar. Saya baru sahaja mendapatkan panduan "Google Adwords" daripada SifuAdwords. Teknik ini berjaya atau tidak saya akan maklumkan di dalam diari bisenes.

Kesimpulannya anda boleh gunakan kedua-dua medium pemasaran untuk mendapatkan lebih ramai prospek berkualiti. Untuk mendapatkan hasil yang lebih maksimum, anda boleh gabung kedua-dua teknik ini. Tidak kira teknik apa yang anda gunakan, sekiranya anda dapat kuasai teknik tersebut dengan betul hasilnya pasti akan membuatkan anda tersenyum. 

Previous Post Next Post